Beruang Perang
Beruang Perang

Beruang Perang

Beruang perang (Ursus arctos) ialah sejenis beruang besar yang bertaburan di seluruh Eurasia dan Amerika Utara. Beruang ini beratnya 100 hingga 680 kilogram (220 hingga 1,500 lb) dan subspesies terbesarnya, iaitu Beruang Kodiak, menandingi beruang kutub sebagai ahli terbesar dalam famili beruang,[2] dan juga pemangsa daratan yang terbesar.[3]Walaupun taburannya semakin berkurangan hinggakan mengalami kepupusan di beberapa tempat, namun beruang perang tetap disenaraikan sebagai spesies sedikit bimbang oleh IUCN, dengan kira-kira 200,000 ekor jumlahnya yang masih ada. Taburan beruang perang tertumpu di Rusia, Amerika Syarikat (khususnya Alaska), Kanada, kawasan Karpatos (khususnya Romania), dan Finland yang menjadikannya haiwan kebangsaan.